pertama sekali aku nak mintak maaf pasal pos hari tu berkenaan bacaan al fatihah... bacaan al fatihah boleh diterima walaupun cara bacaan dia lain asalkan tak lari maksud asal dia... lain orang lain bacaan... ade yang meleret panjang ada yang cepat macam kena kejar anjing... tapi sebaiknya jangan la baca cepat sangat... nak kejar ape cepat sangat baca?? relax sudahh, al fatihah lagi penting, rukun solat ni cik adik kakak abang sekalian... apa yang ustaz cakap tadi, seadar perkongsian, al fatihah kena baca asal tak lari maksud dia... ade banyak contoh tapi aku nak bagi satu je yang lain tengok kat link ni ---> kesalahan bacaan surah al fatihah
contoh aku nak sampaikan, rasanya semua dah tahu... dalam ayat ke 5, sepatutnya IYYA tapi kita sebut IYA (tanpa sabdu) maka maksudnya ialah "matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan"
sebutan kena betul, huruf kena betul... kalau dengar je sape2 baca macam tu maka wajib tegur, walaupun tok imam sekalipun... jangan salahkan tok imam, tapi cuba tegur, perbetulkan...
yang kedua ni dari ustaz don, "mesti berhenti dan tarik nafas ketika waqaf, kalau nak sambung, jangan gugurkan huruf dekat waqaf tu" ... faham? nak sambung pun kena betul... ada kala kita sendiri baca laju, tak tarik nafas, baca macam kereta api... haaa, benda tu salah sebenarnya... "alamak! selama ni aku buat macam tu!"... dulu tak tahu tak ape sekarang dah tahu cuba amal dan praktikkan...
SOLAT SUNAT ROWATIB
apa yang aku nak share ialah, solat sunat rowatib sebelum maghrib... sunat qabliah...
kalau kita tengok, sesetengah surau atau masjid tak amalkan solat sunat rowatib sebelum maghrib ni... apa alasannya?? "sebab Nabi tak buat"
benda tu salah... walaupun Nabi tak buat, tapi sahabat buat, dan Nabi tak melarang... maknanya benda tu pun sunat tapi bukan sunat mu'akkad... faham?
solat sunat rowatib... lepas surah al fatihah nak baca surah apa? boleh je kalau tak nak baca surah... alfatihah tu memang wajib, rukun... tapi surah lepas al fatihah tu, lebih baik baca surah al kafirun dan rakaat kedua baca surah al ikhlas...
berkenaan 2 surah ni, ustaz ada cerita macam mana, kenapa surah tu diturunkan...
ustaz cakap, surah al kafirun ni sebab Rasulullah ditawarkan oleh kaum Quraisy dengan kekayaan dan menjadikan baginda terkaya di kota Mekah... ditawarkan perempuan untuk dijadikan isteri... dan mereka meminta baginda menyembah tuhan mereka selama setahun... maka turunlah surah al kafirun...
baca kisah penuh di sini ---> sejarah surah al kafirun
surah al ikhlas pula turun kerana kejadian Rasulullah diserang seorang musyrik bernama Suraghoh... ketika menghunus pedang untuk membunuh baginada, Suraghoh dan kudanya tenggelam ke bumi separuh badan... maka dia meminta pertolongan Rasulullah... dia bertanya, "siapakah tuhanmu? adakah ia diperbuat dari emas atau perak?"... maka turunlah surah al ikhlas... cerita sama yang disampaikan oleh ustaz, nak tahu lebih jelas dan ringkas,
sila ke link ni ---> sejarah surah al ikhlas
banyak manfaat kita dapat kalau solat rowatib ni... ambik satu contoh je... baca surah al fatihah, ada 156 huruf, setiap huruf 100 kebajikan... so?? kalau baca surah alfatihah saja pun dapat 15600 kebajikan apatah lagi tambah dengan surah al kafirun??
sama2 lah kita amalkan... sekadar berkongsi dan menyampaikan... saya pun ilmu rendah... kalau ilmu sikit pun marilah kita sama2 share, sebarkan kepada saudara terdekat... moga mendapat keberkatan in shaa Allah...


No comments:
Post a Comment